Friday 5 September 2014

VITAMIN C SHAKLEE..BAGUSSSSS!!!

Assalamualaikum. 

Entri kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya makan Vitamin C Sustained Release Shaklee.
Genap bulan ni dah 9 bulan saya dah mengamalkan Vitamin C Shaklee. Vitamin C ni merupakan vitamin kegemaran saya. Tiap2 hari saya tak pernah miss makan Vitamin C. 

Apa bestnya makan vitamin C ni? Kalau nak tahu saya ni menghidap penyakit resdung, Pantang kena habuk atau terlebih makan seafood gerenti ulat2 resdung akan berpesta huhuu..gatal2 hidung tak boleh nak kata. Bila resdung dah menyerang mula la bersin2..selsema bertandang, sakit kepala pun menyerang. 

Teringat masa first time makan Vitamin C, baru makan 2-3 hari dah kena selsema, bersin tak berhenti. Sakit kepala tok sah cerita lah. Masa tu fikir, apa punya vitamin C ni makin teruk eh, dah kena selesema & resdung aku nih!.  sikit punya marah tu..hahaha..tak puas hati saya pun p google kenapa saya makan vitamin C jadi makin teruk. Google punya google, ooooo rupanya dah kena healing krisis..kikiki..nasib baik healing krisis tu cuma 2-3 hari je. Lepas tu ok dah. 

Sampai sekarang ni alhamdulillah. Saya dah jarang kena selsema. Resdung dah makin berkurang. Kalau makan seefood terlebih sikit, cepat2 telan vitamin C. So, resdung pun tak jadi singgah. yeay!. Dan paling best kulit saya makin sekata & cerah. (cerah ke, hahaha ok la..). Suami dan anak pun saya beri makan Vitamin C. Alhamdulillah mereka pun dah jarang kena flu. 





Kenapa  ye Vitamin C ni penting untuk badan kita?


Vitamin C adalah vitamin larut air yang mana badan manusia tidak dapat menyimpan vitamin tersebut. Ianya hendaklah diperolehi melalui makanan.

Vitamin C diperlukan untuk memperbaiki tisu dalam badan. Selain itu diperlukan untuk membina collagen, protein yang penting untuk pembentukan kulit, tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu penting untuk penyembuhan luka, membaiki dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin C adalah sejenis antioksidan. Antioksida penting untuk menghalang kerosakkan disebabkan radikal bebas dan bahan-bahan yang boleh merosakkan DNA. Pembentukan radikal bebas dari masa ke semasa menyebabkan risiko kepada penyakit seperti kanser, jantung dan artiritis.

Ni antara badan kita kekurangan Vitamin C.
a. rambut kering
b. gingivitis (radang gusi)
c. gusi berdarah
d. kulit kering, bersisik
e. luka lambat sembuh
f. mudah kena jangkitan
g. hidung berdarah

So, sesiapa yang ada tanda2 seperti di atas, harus makan vitamin C. Dan semestinya pilih la Vitamin C Shaklee!! ..hehehe

Ok daa...







Comments
0 Comments
- See more at: http://mxdotmy.blogspot.com/2013/04/cara-pasang-kotak-komen-facebook-di-blog.html#sthash.H7stDJxi.dpuf

No comments :