Friday, 12 January 2018

KEDIAMAN BANDAR SUASANA DESA



Sesuai dengan tagline kami, Taman Cenderwasih yang terletak di Kg Olak Lempit merupakan kawasan perumahan yang sangat selesa untuk mereka yang suka kan suasana desa yang tenang dan damai.

Taman ini merupakan Taman Fasa Ke 4 dibawah projek Zetcom Sdn Bhd yang terletak di Kg Olak Lempit Banting. Status terkini projek 95% siap dan dijangkakan 100% siap pada bulan Febuari 2018.


Butiran tentang Taman Cenderawasih Fasa 4

1. Lokasi Rumah
    - Terletak di Kg Olak Lempit Banting - 30 minit dari Putrajaya / 15 minit dari KLIA

2. Jenis & Keluasan Rumah 

     a) Rumah berkembar 2 Tingkat  Semi D (40' x 90') - 8 unit
     b) Rumah berkembar 2 Tingkat Semi D (38'x100') - 8 unit
     c) Rumah berkembar 2 Tingkat Semi D ( 38'x118') - 6 unit

3. Status Pegangan 
    - Leasehold  (Lot Bumiputera)

4. Bilangan bilik & bilik Air 
    - 4 bilik, 3 bilik air

5. Kawasan Persekitaran Rumah 
   - Suasana desa -damai & berangin
   - dikelilingi pokok sawit


6. Akses Jalan
   - Putrjaya - KLIA
   - Lebuhraya Elite / Mex / SKVE

7. Fasiliti berdekatan rumah
    - Station minyak (Shell / Petronas)
    - Kedai serbaguna Zetshop
    - Tempat riadah (Ole futsal / Taman permainan kanak2)
    - Food Court
    - Kawasan kejiranan Bumiputera
    - Masjid berdekatan / Surau dalam kawasan taman.
    - Pusat asuhan kanak2 dalam kawasan taman
    - Berdekatan sekolah rendah dan menengah
    - Berdekatan Litar Sepang F1 (15 minit)
    - Laluan alternatif - kawasan kampung.
    - Berdekatan Hospital Banting / Putrajaya



Gambar2 Terkini Projek

















call 011 33446425
wsp 0192422035

JOM PINDAH RUMAH BARU!!

Assalamualaikum semua

Jumaat yang indah, hujan dari pagi semalam hinggalah kehari ini . Dingin je rasanyakan.

Lama sangat tak update blog ni. Rasanya dah bersawang dah ni ha..

Since dah 2 tahun tak kerja duduk rumah jadi suri rumah. But now kita dah start kerja semula yeay!!. Tapi duduk rumah bukan saja tau. Kita ada bisness Shaklee & Insurans juga as a part time. Cuma office dirumah je lah. Now Kita dah join Developer Company as a marketing consultant. Jadinya siapa2 yang intend nak beli rumah boleh lah contact kita.

Projek terbaru syarikat kami sekarang Rumah 2 Tingkat Berkembar Semi D. Lokasi memang strategik. TAMAN CENDERAWASIH 4 nama diberi. Terletak di Kampung Olak Lempit.  Memang tak jauh lah dari Putrajaya & KLIA. Rumah dah complete siap. Tunggu kelulusan CF je. March bolehlah pindah rumah baru!!

Setakat harini kita hanya boleh cerita serba sedikit tentang projek ni. Esok kita update fasiliti2 yang best kat area Taman Cenderawasih ni, ocey (^_^)























Thursday, 4 January 2018

INFORMASI UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU



"Kekurangan pengambilan kalsium atau leka dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua (osteoporosis.). Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu"

Di nasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.


Ostematrik Kalsium Shaklee dalam bentuk tablet.
Mudah! 

Call
01133446425
wassap
0192422035

Sunday, 4 June 2017

TIPS BERTENAGA SEPANJANG HARI SEWAKTU BERPUASA


Usai bersahur, telan vitalea multivitamin untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari
Sangat disarankan kepada ibu2 hamil dan menyusu.

Kita tak hamil pun, tapi kita telan gak heheh

Vitalea ni multivitamin yang πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Kenapa perlu makan vitalea multivitamin waktu sahur.
Jom baca πŸ˜‰

Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3 – Tukar makanan kepada TENAGA (digalakkan jika berpuasa untuk tenaga berpanjangan) , menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.


#tipssahur
#pengedarshakleebanting

PENGAMBILAN ALFALFA TIDAK DIGALAKKAN WAKTU SAHUR. KENAPA?

Telan alfalfa lepas sahur.

Tak digalakkan sebab Alfalfa merupakan serat dimana kita memerlukan minum banyak air, jika telan alfalfa selepas sahur akan menyebabkan badan kita akan kekurangan air kerana alfalfa merupakan serat yang berfungsi  menyerap lebihan air dalam badan.

Nanti rasa cepat haus pulaπŸ˜…

Masa sesuai telan alfalfa 2-3 jam selepas berbuka ocey πŸ˜‰

#sharingtips
#pengedarshakleebanting

Friday, 2 June 2017

MISI TURUNKAN BERAT BADAN SEWAKTU BERPUASA

Salah satu cara untuk menjayakan misi untuk turunkan berat badan.

Telan Lecithin selepas berbuka. Kenapa?

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran / salur darah. Lemak yang telah diurai oleh lecithin akan keluar melalui detox / pembuangan air besar.


Tuesday, 28 February 2017

TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN





Masalah perut buncit selepas bersalin adalah masalah normal dalam kalangan para ibu. Banyak cara  rawatan sama ada secara moden atau tradisional boleh dilakukan untuk mengempiskan perut yang buncit.
Berikut adalah petua tradisional yang boleh diamalkan oleh semua wanita dalam usaha untuk mengempiskan kembali perut yang buncit.
  1. Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.

  1. Campur sedikit beras dan kisar halus.  Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.

  1. Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.

  1. Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

  1. Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.
Bagi ibu2 bekerja yang tidak cukup masa di cadangkan mengambil makanan tambahan / vitamin 
bagi mempercepatkan proses pemulihan, secara tidak langsung mendapat berat badan yang ideal dan kembali langsing.


VITAMIN UNTUK SELEPAS BERSALIN